7 Perkara Yang Perlu Dielak Oleh Pesakit Ekzema
Apakah faktor yang boleh menyebabkan atopik ekzema anda atau orang tersayang semakin melarat?
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan keadaan ekzema seseorang melarat dan berkemungkinan berlaku ‘flare up’. Mengetahui penyebab atau pemangkin ekzema adalah penting untuk mengelakkan keadaan kulit menjadi lebih teruk.
Antara perkara yang perlu diawasi penghidap ekzema adalah seperti berikut.
1. Stress
Tekanan emosi boleh menyebabkan keadaan ekzema bertambah buruk. Keadaan ini dapat diperhatikan terhadap penghidap ekzema terutama yang masih kecil. Semakin tinggi stress boleh menyebabkan semakin buruk keadaan ekzema. Walaubagaimanapun saintis masih mencari hubungkait stress dari sudut saintifik yang boleh menyebabkan ekzema seseorang semakin melarat.
2. Kulit kering
Kulit kering perlu dielakkan kerana boleh menyebabkan keruping, bersisik dan kulit menjadi kasar serta berkemungkinan berlaku ‘flare up’ ekzema. Gunakan pelembap kulit yang sesuai seperti produk berasaskan kajian saintis iaitu ATOOMANN yang melembap, memulihkan (repair) dan menghilangkan kegatalan kulit berasaskan ekstrak semulajadi.
3. Irritants
Irritants atau perengsa adalah bahan yang boleh menyebabkan berlaku keradangann pada kulit (gatal, merah & kering). Bahan seperti sabun, syampu, detergen atau makanan seperti daging, sayuran atau jus buah yang menyebabkan keradangann apabila disentuh.
4. Panas/sejuk
Ramai penghidap ekzema yang akan mengalami keadaan tidak selesa seperti kegatalan apabila berpeluh atau terlalu panas. Aktiviti seperti senaman, pemakaian baju terlalu tebal atau berlapis-lapis dan apabila bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang mempunyai perbezaan suhu sangat ketara, contohnya apabila bergerak dari bilik berhawa dingin yang sangat sejuk ke luar rumah yang panas terik, keradangann boleh berlaku. Perlu diingat, suhu yang terlalu sejuk juga boleh meyebabkan kulit menjadi sangat kering yang akan mengakibatkan keradangann dan ‘flare up’.
5. Jangkitan
Kulit ekzema juga berisiko mendapat jangkitan bakteria atau virus dari persekitaran. Staphylococcus aureus adalah yang paling kerap menjangkiti. Virus seperti herpes dan fungus (kulat) juga boleh menyebabkan jangkitan. Oleh itu, anda perlu mengawasi serta mengetahui simptom atau gejala yang disebabkan oleh jangkitan agar ekzema tidak menjadi lebih buruk.
6. Allergen
Terdapat pelbagai bahan di sekeliling kita yang boleh menyebabkan tindak balas allergi dan berlaku ‘flare up’ ekzema. Contoh yang paling kerap berlaku ialah debunga (pollen), hama, kulat, serta bulu haiwan seperti kucing dan anjing. Ianya sangat penting untuk mengenalpasti bahan allergen seseorang supaya keadaan kulit terkawal.
7. Hormon
Hormon adalah bahan yang dihasilkan oleh badan untuk pelbagai regulasi dan proses dalam badan. Walaubagaimanapun, ‘flare up’ boleh berlaku untuk sesetengah penghidap ekzema terutama wanita, apabila kandungan hormon tertentu naik atau turun.
Sumber utama: Persatuan Ekzema Kebangsaan , USA.
…………………………………………………………………………
Atoomann – untuk kulit bermasalah
Produk hasil kajian 30 tahun saintis.
Berasaskan ekstrak haruan yang membantu melembap, memulihkan kulit dan menghilangkan kegatalan.
Selamat dan berkesan terbukti melalui ujian klinikal
Dapatkan prmosi terhad sempena Ramadhan dan hadiah PERCUMA menanti anda.
Hubungi 012 - 272 6158 untuk maklumat lanjut.
Hubungi 012 - 272 6158 untuk maklumat lanjut.
Hubungi 012 - 272 6158 untuk maklumat lanjut.